Kamis, 07 Mei 2009

RANGKAIAN KATA KATA MOTIVASI YANG AGAK MENDALAM

Kesihatan dan kecergasan diri merupakan faktor penting untuk menjadi sesorang yang berhasil di dalam apa jua bentuk usaha yang sedang dilakukan pada dewasa ini. Kita hendaklah senantiasa di dalam keadaan sihat wal'afiat, cergas dan mestilah sentiasa berlapang dada. Tidak ada gunanya jika kita selalu sahaja dalam keadaan lembab dan selalu saja mengeluh apatah lagi kalau disebabkan oleh sedikit masalah kita sudah kehilangan keseimbangan dan terus menyerah kalah. Kita beranggapan kononnya sudah takdir atau memang sudah nasib badan, lalu berkata di dalam hati "apa boleh buat". Pada hal sememangnya kita masih banyak lagi kesempatan untuk berbuat apa-apa yang mana apa-apa itu masih sahaja belum lagi dilaksanakan dengan cara yang semestinya. Percayalah bahawa tidak akan ada gunanya kalau kita selalu sahaja meperturutkan kelemahan jiwa sewaktu berhadapan dengan rintangan-rintangan hidup. Dalam apa sahaja usaha kita mesti terlebih dahulu yakin terhadap diri sendiri dan juga dengan semangat juang yang tidak akan pernah pudar. Akan tetapi jika badan/fikiran sudah tidak sehat dan semangat sudah lemah, maka sama maknanya kita sudah memberi peluang keemasan kepada kegagalan untuk bertandang pada bila-bila masa tanpa ucapan assalamualaikum di hadapan mata atau ianya akan langsung saja masuk dan bersemayam didalam diri kita. Ini sungguh berbahaaya!. Di dalam perkara yang seperti ini, kesehatan dan kualiti vital force serta kualiti body's endurance sangat menentukan. Pandanglah jauh ke hadapan sana dan bangkitkan Tenaga Metafizik yang ada di dalam diri kita supaya kita dengan segera dapat menukar ganti perasaan-perasaan negatif kepada pemikiran yang positif. Tidak perlu untuk menunggu sampai begitu lama, keyakinan janganlah dibiarkan sampai mencair dan meleleh bagaikan air batu yang sedang ditimpa sinaran matahari dan jangan biarkan usia hanya habis dimakan hari atau alangkah sayangnya kita jika membiarkan diri menjadi orang yang hanya kosong melompong sahaja berkepanjangan.
Kita mestilah tetap yakin dengan anugerah Tuhan yang ada di dalam diri kita iaitu Tenaga Metafizik (metaphysical power) dan dengan bantuan Tenaga Metafizik ini InsyaAllah kita akan mendapat peluang keemasan untuk mempelajari atau memantau di mana letaknya kelemahan diri yang sedang dialami selama ini. Untuk dikemaskinikan atau ditambah dengan formula-formula baru sehingga sistem kerja kita yang sedia ada menjadi semakin baik sehingga kita benar-benar menjadi orang yang berhasil sebagaimana juga orang-orang lain yang sudah berhasil. Di samping itu, jangan sampai lupa untuk bermohon atau berdoa kepada yang maha berkuasa iaitu Allah SWT yang diiringi dengan perasaan
2
sabar, dalam erti kata lain Allah jangan sampai dilupakan di dalam apa jua bentuk usaha serta apa jua aspek kehidupan kita. Dia adalah penentu segala-galanya Allah SWT Berfirman, "Wahai orang-orang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat". QS. Surah al-Baqarah Ayat 153 Allah SWT Berfirman "Dan, janganlah kamu bersikap lemah dan jangan pula bersedih hati". QS. Surah al-Imran Ayat 139 Allah SWT Berfirman "Jangan kamu bersedih, sesungguhnya Allah selalu bersama kita". QS. Surah at-Taubah Ayat 40 Allah SWT Berfirman Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat. QS. Surah al-Baqarah Ayat 214 Allah SWT Berfirman "Dan, apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah) bahawasanya Aku adalah dekat, Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepadaKu, maka hendaklah mereka memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepadaKu, agar mereka selalu berada dalam kebenaran". QS. Surah al-Baqarah Ayat 186 Apabila kita sudah menemukan titik-titik terang di dalam apa jua usaha yang sedang kita lakukan, maka bawalah bertenang terlebih dahulu dan janganlah sampai bertindak dengan terburu-buru atau tergopoh-gapah serta susunlah strategi baru yang lebih baik dan lebih sempurna atau lebih mantap walaupun kita di dalam keadaan teruja sekalipun. Bagi seseorang yang memang sudah mengetahui dimana letak kelemahan dan kecuaiannya selama ini maka tidak perlu pula sampai terlalu menyesali diri terhadap kelemahan serta kecuaian yang sudah kita lakukan selama ini. Usah dan jangan pula berasa hairan sangat atau sampai tercengang-cengang dengan semua kejadian yang sudah berlalu dan kejadian yang sedang dialami maupun didalam memandang masa hadapan yang cerah dan gemilang seperti tercengang dan terpananya rusa yang sedang tersesat masuk kampong.
Yang kita perlukan dalam perkara ini sebenarnya tidaklah begitu banyak dan yang paling utama sekali hanyalah satu sahaja iaitu kita tidak berlengah-lengah lagi malah terus mengejar kembali setiap ketinggalan demi ketinggalan yang masih ada kemungkinan untuk dikejar dan tentunya bersama dengan perancangan dan cara yang lebih teliti dan juga lebih berhati-hati lagi. "Dengan tenaga metafizik" yang sudah terbina dengan baik/sempurna katakanlah kepada diri sendiri untuk terus maju dan berpantang menyerah kalah dalam apa jua bentuk keadaan dan sekali lagi kita tidak perlu untuk menyesali diri
3
kerana memang tiada manusia yang tidak pernah melakukan kesilapan serta kesalahan di dalam perjalanan hidup mereka masing-masing di dunia ini. Dengan pembaikan demi pembaikan, maka teruslah berusaha dengan "Tenaga Metafizik" yang sudah terbina dengan baik/sempurna di dalam diri sehingga kita benar-benar menjadi orang yang berjaya di antara orang-orang yang berjaya. Jika kita mengeluh sekalipun, waktu akan tetap saja beredar dengan pantasnya tanpa menunggu sesiapa dan waktu pun tidak akan memperdulikan keluhan kita. Hanya kita sendiri yang harus menyedarkan diri dan meningkatkan usaha-usaha yang sedang dilakukan dengan cara yang lebih baik dan lebih meyakinkan. Sewaktu ada sedikit kelapangan di dalam dada ini, maka cubalah renungkan sehinggalah kita dapat memahami bahawa setiap kesalahan dan kesilapan tersebut semuanya merupakan pengalaman-pengalaman yang sudah dilalui atau ditempuh. Dengan cara sedemikian, ia akan membuatkan kita lebih teliti dan lebih berhati-hati untuk di masa hadapan. Kita harus belajar lagi melalui pengalaman-pengalaman tersebut sehingga kita pun dapat mengenal pasti kelemahan-kelemahan yang menyebabkan kita gagal. Kalau kita benar-benar sudah faham di mana letaknya kelemahan dan kekeliruan yang telah kita lakukan selama ini, maka secara otomatik kita akan lebih berhati-hati lagi untuk menjalankan tugas-tugas atau usaha-usaha selanjutnya di masa yang akan datang. Dengan adanya pengalaman-pengalaman yang sedia ada tentunya kita akan lebih yakin lagi terhadap kemampuan diri kita sendiri, tiada keraguan sebenarnya kita memang boleh berjaya seperti orang-orang lain yang sudah berjaya, kenapa tidak!.InsyaAllah. Dengan cara ini kita akan dapat memperkuatkan lagi keinginan dan keazaman untuk mengkaji secara lebih mendalam tentang "Ilmu Tenaga Metatfizik" agar kita benar-benar boleh berjaya. Segala perasaan dan tindakan negatif yang sudah terlanjur selama ini, kini sudah bertukar ganti dengan sesuatu yang bernilai positif. Segala cubaan dan pengorbanan yang sudah kita lalui selama ini pun tidaklah sia-sia dengan begitu sahaja, malah semua pengalaman-pangalaman yang telah kita lalaui itu telah mendidik dan mengajar kita untuk meraih suatu kejayaan yang lebih besar dan lebih bermakna di masa hadapan.
Kalau kita sudah mahir dan sudah sebati dengan amalan "Ilmu Tenaga Metafizik", maka Tenaga Metafizik atau tenaga separa-sedar tersebut akan lebih mudah kita gunakan untuk membetulkan pelbagai kesalahan dan kesilapan yang sudah terlanjur kita lakukan. Malah ia juga membersihkan pelbagai kekeliruan yang sudah terjadi di dalam pola pemikiran kita atau pun untuk menyelesaikan kekusutan-kekusutan yang sedang dialami sehinggalah kita tidak sampai mengalami kegagalan lagi, walaupun dalam bentuk kegagalan yang kecil sekali pun. InsyaAllah.
4
Kita begitu cepat menyedari bahawa walau kegagalan kecil sekalipun adalah merupakan pintu untuk menuju kepada kegagalan yang lebih besar. Dengan kesedaran itu akan membuatkan kita menjadi lebih berhati-hati lagi di masa yang akan datang. Bahkan dengan lintasan atau bayangan suatu kegagalan kecil sahaja kita sudah dapat membangkitkan semangat atau dijadikan sebagai petrol atau untuk bahan bakar untuk membakar semangat sehingga dengan semangat yang senantiasa membara kita terus saja menuju ke arah wawasan yang lebih jauh dan luas. Bersamaan dengan kesedaran diri maka kita sempat mengutip nilai-nilai positif yang ada di sebalik lintasan atau bayangan kegagalan tersebut untuk dijadikan anak-anak tangga utama untuk mencapai kejayaan yang telah diimpi-impikan selama ini. Bagi seseorang yang sudah terlanjur terperangkap atau terjerat di dalam perangkap kegagalan, walau hanya dalam bentuk kegagalan kecil sekali pun, maka ia masih sempat lagi untuk tersenyum kerana disana dia dapat melihat dengan cara yang lebih dekat dan lebih jelas lagi segala rintangan yang akan dipatahkan dengan menggunakan Tenaga Metafizik yang sudah terbina dengan baik di dalam diri kita. Sudah tentunya tanpa menunggu sehingga perangkap kegagalan tersebut sempat menjerat serta menggulung-melipat dan mematah-matahkan tiang-tiang dan sendi-sendi keupayaan kita. Kalau kita tidak berhati-hati atau jika masih saja cuai atau lengah memanglah kegagalan sentiasa terbentang luas di hadapan kita dan kalau kita tidak mahu sampai terdampar pada dataran kegagalan tersebut, maka sejak dari awal-awal lagi kita mestilah sudah bersiap sedia untuk menjadi seorang yang berhasil. Sudah tentunya dengan menyusun strategi baru serta meningkatkan keupayaan atau kekuatan yang sedia ada hingga menjadi lebih kuat serta lebih mantap untuk menghadapi cabaran-cabaran baru di masa yang akan datang. Janganlah diberi kesempatan kegagalan sampai membungkus diri serta usaha kita yang sedang atau sudah di ambang kejayaan. Walau sekecil manapun bentuk kegagalan, namun jangan sekali-kali dipandang ringan. Ini adalah kerana jika kegagalan-kegagalan kecil tersebut sudah sempat berhimpun dan menyatu serta mengkristal di dalam diri kita maka ini adalah merupakan sesuatu yang sangat berbahaaaya!. Maka tidak mustahil dengan kekuatan yang sudah tersusun rapi itu, ianya akan mendorong kita dengan secara tiba-tiba sehinggalah kita terjatuh lalu terguling dan terkongkang ke dalam kancah kegagalan yang besar yang mana kegagalan tersebut teramat sulit atau memang sudah tidak boleh untuk diatasi lagi.
Sehinggalah iblis atau syitan-syitan berdansa, berpesta pora sambil mengoyak-ngoyak serta menginjak-injak logo atau lambang atau bendera kejayaan usaha kita iaitu suatu kejayaan yang tidak sempat menjadi atau memang sudah berkecai-berai. Walaupun pada akhirnya kita akan benar-benar menyedari juga apakah selama ini pada hakikatnya usaha yang telah kita lakukan itu belumlah seberapa sangat atau kebarangkalian juga yang lebih hanyalah angan-angan sahaja. Walaupun umpamanya belum lagi sampai ketahap mati berangan ataupun juga mungkin masih ada lagi alasan-alasan lain yang masih cuba
5
untuk diprertahankan yang mana alasan-alasan tersebut kesemuanya hanya akan melalalikan lagi serta tidak akan membawa apa-apa keuntungan sama-sekali. Berhati-hati sajalah dalam apa jua bentuk usaha yang sedang dijalankan dan pastikan bahwa kita tidak sedang berangan-angan dan setiap usaha yang sedang kita lakukan tersebut hendaklah dengan usaha dan tekad yang kuat serta dengan cara yang betul dan bijaksana dan jangan lupa setiap usaha yang dilakukan hendaklah diiringi dengan doa.

Tidak ada komentar: